Jumat, 15 Januari 2010


BIOS
Apa itu BIOS
BIOS atau sistem input-output asas ialah program komputer yang menjalankan operasi input-output semasa proses POST. Program BIOS disimpan di dalam sebuah cip memori yang dipanggil CMOS.

Gambarajah di atas menunjukkan sebuah cip memori CMOS keluaran American Megatrends Inc (1995).
Jenis-jenis BIOS
Berikut adalah senarai pengeluar terkemuka dunia yang menghasilkan BIOS:
Acer Labs
American Megatrends Inc. (AMI)
Microid Research (MR BIOS)
Phoenix Technologies
LSI Logic
Winbond
Setiap pengeluar biasanya akan menghasilkan BIOS yang berbeza-beza dari segi Kod Ralat (Error Code), Kod POST (POST Code), dan Kekunci Sampukan (Interrupt keys). Oleh itu cara penggunaan bagi setiap BIOS tersebut juga adalah berbeza.
Cara untuk mengakses BIOS
Program BIOS boleh diakses dengan menggunakan kekunci sampukan (Interrupt keys) iaitu dengan menekan satu atau dua kombinasi kekunci tertentu semasa komputer menjalankan operasi POST. Operasi POST adalah proses pengujian sistem (lihat rajah 2 di bawah) semasa komputer dibootkan.

Oleh kerana setiap pengeluar BIOS menghasilkan BIOS yang berbeza-beza, maka kekunci sampukan bagi setiap BIOS juga berlainan. Table berikut menunjukkan kekunci sampukan (interrupt keys) bagi setiap pengeluar BIOS:
Pengeluar BIOS
Kekunci
BIOS AMI
Del
BIOS Award
Del atau Ctrl+Alt+Esc
Compaq
F10
IBM Aptivas dan Thinkpads
F1
Microid Research (MR BIOS)
Esc
BIOS Phoenix
F2
Komputer Riba Toshiba
Esc, kemudian F1
Anda juga boleh mengetahui kekunci sampukan bagi sistem anda dengan melihat teks kecil yang tertera di bahagian bawah skrin POST anda.
“Press __ to Enter Setup.”
Setelah anda memasuki BIOS, anda bolehlah melakukan perubahan konfigurasi pada sistem anda, seperti memilih pemacu yang mana satu untuk dimulakan (boot) terlebih dahulu, mengesan cakera keras serta menentukan kelajuan bas. Sebab itu program BIOS amat popular di kalangan para overclockers yang menginginkan sistem komputer berprestasi tinggi tanpa perlu mengeluarkan uang yang lebih.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar